Nafahaat

DAWRAH ILMIYYAH KHUSUS MUSLIMAT

RM150.00

SEMPURNAKAN IBADAHMU DENGAN ILMU DAN AMAL, WAHAI WANITA!

Dawrah ilmiyyah yang akan dijalankan selama sebulan ini khusus buat muslimat yang cintakan ilmu dan ingin mendalami ilmu sebagai manfaat buat akhirat.

Antara kitab utama yang akan dikhatamkan sepanjang pengajian ialah kitab Fiqh Wanita yang dikarang oleh ulama’ besar Yaman Al Sayyid Al Allamah Muhammad Bin Salim Bin Hafiz Ibn Syeikh Abu Bakar Bin Salim, Tazkiratul Hadramiyyah yang merangkumi keseluruhan perbahasan mengenai Fiqh bagi wanita termasuk bab Aqidah, fiqh ibadat, hukum-hakam darah haidh dan nifas, hak-hak kepada ibu bapa, suami, larangan bertabarruj dan mengenai ancaman bagi orang-orang yang mengumpat dan mengadu domba.

Semua muslimat yang menyertai dawrah ini akan berpeluang mempelajari ilmu asas bahasa arab dan juga kupasan peta ilmu dan amal secara percuma! Peserta akan dibimbing secara khusus sepanjang sebulan untuk beramal dan mendalami ilmu yang bermanfaat buat diri, keluarga dan agama.

DAFTAR SEGERA DAN MULAKAN TAHUN BARU ANDA DENGAN PENGHIJRAHAN ILMU DAN AMAL!

Category:

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “DAWRAH ILMIYYAH KHUSUS MUSLIMAT”

Your email address will not be published.