? 20 Ogos 2023, Ahad.
?️ Jam 10.00 Pagi – 12 Tengahari.
? Akademi Nafahaat, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.
? Sijil disediakan bagi kehadiran fizikal.
“Kualiti ibadah seseorang adalah dilihat sejauh mana kekhusyukannya dalam solat. Apabila bertambah khusyuk seseorang, maka akan bertambah bernilai kualiti ibadahnya kepada Allah.”
Surah Al-Fatihah mengandungi rahsia khusyuk dalam solat. Ia adalah surah yang merangkumi perkara-perkara asas yang agung dalam agama seperti;
1️⃣ Menyucikan diri dari kesyirikan.
2️⃣ Mengembalikan segala kekuatan dan daya upaya kepada Allah.
3️⃣ Keinginan mendapatkan petunjuk daripada Allah.
4️⃣ Keinginan mengikuti teladan yang baik dalam beragama.
5️⃣ Mengambil perhatian agar terselamat dari kesesatan dan kekufuran.
Serta banyak lagi rahsia yang terkandung dalam Surah Al-Fatihah ini.
Berita gembira buat para muslimah! Akademi Nafahaat menganjurkan Program Tafsir & Tadabbur Terapi Solat Melalui Surah Al-Fatihah secara fizikal di Markaz Pengajian Akademi Nafahaat, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi & secara online zoom bagi yang tidak dapat hadir!